KIRINPRRAS SDN BHD adalah sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembekalan pasir untuk tujuan pembinaan dan konkrit.
Antara jenis pasir yang kami bekalkan:-
1. Pasir Kasar bersih
2. Pasir Halus bersih
3. Pasir Kotor
Prosedur pembelian:-
1. Sila hantar surat hasrat (LOI) atau Purchase Order (PO) kepada :-
PENGURUS BESAR,
NO. 272 LORONG AROWANA INDAH 6/2
TAMAN AROWANA INDAH
70300 SEREMBAN
N.S.D.K
Tel : 019-6602707 / 019-2338407
(email : kirinprras.sdn.bhd@gmail.com)
2. Kita akan buat temujanji untuk perbincangan pembelian pasir di pejabat kami di Seremban atau Kuala Lumpur.
3. Pihak kami akan sediakan dokumen yang berkaitan seperti surat wakil jual pasir, laporan makmal pasir dan invois.
4. Pihak pembeli akan menyediakan bukti kewangan, salinan permit lori yang akan digunakan dan dokumen-dokumen bukti kerja yang akan dibuat.
5. Pembayaran dibuat ke dalam akaun syarikat. Resit dan SPA akan dikeluarkan. Urusan permohonan permit dan doket akan diselesaikan di dalam masa 3-5 hari bekerja.
6. Pasir sudah boleh diangkut.
Peringatan :
1. Kegagalan menyediakan senarai salinan permit lori yang akan digunakan untuk mengangkut pasir akan menyebabkan lori tersebut tidak dapat mengangkut pasir.
2. Pembayaran akan diterima secara (PREPAID) Pembayaran secara pendahuluan (cthnya advance setiap minggu) adalah dicadangkan. Pembeli akan menambah pembayaran setiap akhir minggu sekiranya berminat utk mengambil pasir lagi pada minggu berikutnya. Kegagalan menambah bayaran seperti yang ditetapkan akan menyebabkan lori tidak dapat mengangkut pasir.
Harga Pasir
Kami menjual pasir lombong halus dan kasar yang dicuci dengan teknologi tinggi. Harga pasir adalah seperti berikut,
Halus dicuci @ RM 23.00 se/ton
Kasar dicuci @ RM 18.00 se/ton
Pasir kotor @ RM 15 se/ton
Harga pasir disebut di atas adalah tanpa pengangkutan.
Pembeli dinasihatkan supaya membuat ikatan perjanjian selama 3 tahun (minimum) dan 10 tahun (maksimum) dengan kami supaya perniagaan ini berjalan lancar dan kekal tanpa sebarang gangguan daripada kedua-dua pihak.
Harga pasir boleh dirunding sekiranya ada pembeli yang serius dan hendak dalam kuantiti yang banyak. Pasir kami adalah di antara pasir yang terbaik. Ia sangat sesuai digunakan untuk pembuatan konkrit simen yang berkualiti.
Bos,kalau boleh nak runding harga dengan Kirinprras Sdn Bhd. Boleh jumpa di pejabat KL?
ReplyDeleteTolong beri alamat di KL?
Boleh runding harga saudara...call kami untuk temujanji...
ReplyDeleteSaudara kalau kami beli pasir bolehkah saudara sediakan pengangkutan?
ReplyDeleteDari Kuari ke LCCT?
Kalau boleh gunakan pengangkutan sendiri pun boleh juga tapi perlu buat perjanjian ikatan minimun 3 tahun dengan syarikat kami.
ReplyDelete